Sepakat.

Advertisements

Renungan

_*RENUNGAN*_

25 RABIUL AWAL 1439H KHAMIS 14/12/2017

๐Ÿโ˜˜๐Ÿโ˜˜๐Ÿโ˜˜๐Ÿโ˜˜๐Ÿ

๐Ÿƒ *Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang*๐Ÿƒ

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅููŠู‘ูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽุงู„ุธู‘ูŽู†ู‘ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุธู‘ูŽู†ู‘ูŽ ุฃูŽูƒู’ุฐูŽุจู ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุญูŽุณู‘ูŽุณููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฌูŽุณู‘ูŽุณููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุญูŽุงุณูŽุฏููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุฏูŽุงุจูŽุฑููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุจูŽุงุบูŽุถููˆุง ูˆูŽูƒููˆู†ููˆุง ุนูุจูŽุงุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูุฎู’ูˆูŽุงู†ู‹ุง

_Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:_

*”Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”*

_(HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih_

๐Ÿƒ *Pengajaran:*๐Ÿƒ

๐Ÿ„Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar.

๐Ÿ„Ibnu Sirin berkata: โ€œJika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya.

๐Ÿ„Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan mencegah atau menasihat mengikut kemampuan.

๐Ÿ„Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Apatah lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang.

๐Ÿ„Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.

๐Ÿ„Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.

*Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.*

Tahukah anda..

Tahukah Anda? Statistik Malaysia & Israel.

Menteri Pertahanan Malaysia: Hishamuddin Hussein
Menteri Pertahanan Israel: Avigdor Lieberman

Keluasan Malaysia: 332,000 km2
Keluasan Israel: 22,000 km2 (kecik sikit dari Perak)

Populasi Malaysia: 30 juta
Populasi Israel: 8 juta

Bilangan bom Nuklear Malaysia: 0
Bilangan bom Nuklear Israel: 213

Bilangan bomoh Malaysia: 19,379,000,000.
Bilangan bomoh Israel: 0